Ahad, 27 Oktober 2013

cinta tepuk sebelah tangan

Assalamualaikum..

Kehadap orang aku sayang,

Maafkan aku kalau selama kehadiran aku ni, aku pernah menyakiti perasaan kau.
Jika kau nak tahu sesuatu, kau adalah orang yang paling aku cinta dan sayang.
Tanpa Allah yang ciptakan orang tua aku, tiadalah aku di dunia ini dan tanpa kau hadir dalam hidup aku, tidaklah aku merasakan rasa hangatnya cinta, kaish sayang dan arti cinta.

Kau adalah cinta aku, kau adalah rindu aku. Walau sekarang kau sukakan orang lain. Tapi aku tetap mencintai kau. Hanya Allah saja yang tahu betapa sakitnya hati ini jika cinta ini tidak berbalas. Tapi aku tidak kisah asalkan kau bahagia bilabersama aku walaupun hanya sekadar kawan.

Suatu malam, hatiku rasa tidak sedap. Aku takut aku akan kehilangan kau suatu hari nanti. Tapi jika suatu hari nanti aku akan kehilangan kau. Aku tak tahu apa yang akan terjadi pada diri aku ni. Mungkin aku akan sentiasa dalam kesedihan yang amat sangat.

Maaf lah kalau diri ni tak sempurna.
Maaf lah jika diri ni selalu menyusahkan kau. Bagi aku kau adalah insan yang sempurna di mata aku. Aku tidak melihat kau dari segi harta, ketampanan, duit dan sebagainya.  Aku cuma mahukan keikhlasan dari hati kau yang dapat menerima diri aku yang sederhana ni, walaupun hanya sekadar kawan. Aku tidak mengharapkan apa - apa dari kau. Aku tidak mengharapkan cinta kau yang tak layak untuk aku miliki. Aku cuma mahu kita hanya sekadar kawa, kawan yang amat bermakna dan amat aku cintai hadit dalam diri aku. Kau tahu kadang2 aku terfikir "kau ada masa buat aku jika suatu hari nanti cewek kau kembali pada kau? " mungkin masa tu akan aku pendamkan rasa kerinduan pada kau.

Kau tahu aku tidak tahu mengapa aku betul2 mencintai kau. Bagi aku kau adalah lain daripada orang lain yang aku kenal. Tapi kalau suatu hari nanti aku sudah tiada di dunia ni. Aku nak minta maaf tidak dapat temankan kau dan mendengar semua keluhan hati kau. Dan aku nak kau tahu yang aku amat mencintai kau.

Jikalau kau bukan untuk aku aku akan terima walaupun hatiku sakit. Mungkin Allah nak bagi aku yang lebih baik. Tapi walau apapun aku akan tetap mencintai kau. Aku sanggup mengalah demi melihat kau bahagia.

Kau tahu setiap hari aku teringatkan kau. Nak dikatakan setiap perbuatan yang aku lakukan pasti aku akan mengingati kau.

Boleh aku tanya? Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Kau amat berarti buat diri aku?

Jujurlah siapa diri aku dalam hati kau sekarang ni?

Jika aku sanggup aku akan tinggalkan kau asalkan kau bahagia. Aku nak kau bahagia sebab aku mencintai kau kerana Allah SWT.